PIMPIN SK SG.LESONG

VISI PIMPIN

Untuk menjadi Pusat Kepimpinan ke arah

Kecemerlangan Pengajian Islam dan pembangunan

manusia yang terbaik.


MISI PIMPIN

Menyampaikan ilmu berasaskan wahyu

Membina, membentuk dan menyubur akhlak dan adab

Menyerapkan ruh tarbiah Islam dalam kehidupan

Merangsang untuk mencari kebaikan di dunia dan akhirat


OBJEKTIF

1. Menyampaikan ilmu islam berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAPIM melalui metodologi yang disediakan

2. Melatih dan menyuburkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dalam bidang ko kurikulum dan ko akademik Islam

3. Melatih dan membimbing pelajar untuk menjadi muslim yang komited kepada syariat Islam.

4. Menyerapkan nilai akhlak dan adab murni islam sebagai amalan kehidupan di dalam dan luar sekolah.

5. Menawarkan khidmat dan sumbangan kemanusiaan dan kemasyarakatan serta khidmat rujukan Dakwah Islamiah kepada masyarakat dan institusi sosial.

Wednesday, September 4, 2013

Selamat Datang...membawa paradigma baharu untuk SKSL di hati

Selamat Datang kepada

1) Tuan Guru Besar En Zamri bin Abdul Rani...
selamat membawa paradigma baharu n membawa SKSL ke mercu kegemilangan !






















2) Ustazah Pn Norehan bt Abu Bakar...selamat berkhidmat n menyumbang bakti.


Selamat Maju Jaya

Panitia Pendidikan Islam & Pembangunan Insan SKSL mengucapkan selamat maju jaya kepada:

1) Tuan Guru Besar En Mohd Hanif bin Yunus berpindah tempat perkhidmatan ke PPD Batang Padang. Terima kasih atas sokongan n jasa serta bakti di SKSL.












2) Ustazah Norhayati binti Ab Ghani @ Rani, menyambung pelajaran secara sepenuh masa (2tahun) ke peringkat Sarjana Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alf Syukran Ya Ustazah !














3) Ustazah Nor Fikriah bt Abdul Majid menyambung perkhidmatan (posting) ke Negeri Sabah.
Selamat berbakti duhai ustazah !


Saturday, June 22, 2013

Warga PIMPIN dalam Keluarga Besar SKSL 2013


YANG INGIN KUTUTURKAN
(Dedikasi Buat Rakan2 Guru)

Inilah yang ingin kututurkan
bahawa hidup adalah perubahan
tak tahu bagaimana laju putarannya
tapi roda hidup...begitulah... selalu berputar

Pada setiap perjalanan
kita merantai ceritera
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
semuanya berpadu dalam balutan
yang bernama persahabatan

Terkadang kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Terkadang kita egois
tapi lebih banyak saling meraikan sesama
Terkadang kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandingan tangan

Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlewati
andai dinding mampu menyaksi
saat dera kesibukan menjauhkan hati kita
dan hari pun berganti bulan
semua menjadi bukti
betapa berertinya seorang kawan

Duhai kawan...ingin kututurkan lagi
hidup adalah perubahan
bak aliran sungai
ke mana pun arahnya
tetap punya guna dan makna
begitu jua kita...
bagaimana pun putarannya
harus tetap menjadi yang terbaik

Ayuhai teman...
hari-harimu tak akan sama lagi
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya akan terbiasa...
walau tanpa insan-insan
yang biasa menghiasi hari-harimu



Ketua Panitia PIMPIN ...Sebuah Taklifan

Ketua Panitia PIMPIN SKSL

Ustaz Mohd Izad bin Mauludin







SEBUAH TAKLIFAN

Hakikat hamba adalah fakir 
tiada memilki apa jua sifat kesempurnaan
hanya sifat yang penuh kelemahan
buta, lemah, tuli, mati, bodoh, bisu, jahat, sakit..
maka jika ada kebaikkan, penglihatan, kekuatan, bernafas, berkalam, berilmu…
segalanya adalah hak miliknya DiriNya Yang Agung

Justeru itu apakah dosa yang paling besar
jika bukan sifat kesyirikan pada SifatNya
merasakan diri memiliki segala sifat tersebut
hingga zahir sifat kesombongan yang amat dibenci
kerana tiada kesedaran dalam mengenal diri...

Mereka yang benar mengenal dirinya
akan mengenal akan Allah
lantaran pada diri hamba
Allah menzahirkan segala SifatNya 
namun sedikit hamba yang memahaminya
lantaran tiada sinaran Cahaya Rasulullah
memancar dalam jiwanya...

Sesungguhnya
tangisan kegembiraan
tangisan kesedihan
bergilir dalam hati sang hamba Arifbillah...
Dalam tajalli Allah padanya...

Silih berganti...itulah PERJUANGAN

Selamat berkhidmat di sekolah yang baharu...

















Ustaz Yusaini b. Bakir ke SK Batu 3, Temoh
















Ustazah Norzatulshima bt Mohamad ke SK Temoh


Selamat Datang...

Ustaz Abdul Manaf b. Mohamed daripada SK Batu Masjid


















Ustazah Nor Fikriah bt Ab Majid
Ustazah B.Arab j-QAF



GAMBAR KENANGAN PIMPIN SKSL

Tinggal kenangan...namun perjuangan mesti diteruskan...Istiqamah lah !