PIMPIN SK SG.LESONG

VISI PIMPIN

Untuk menjadi Pusat Kepimpinan ke arah

Kecemerlangan Pengajian Islam dan pembangunan

manusia yang terbaik.


MISI PIMPIN

Menyampaikan ilmu berasaskan wahyu

Membina, membentuk dan menyubur akhlak dan adab

Menyerapkan ruh tarbiah Islam dalam kehidupan

Merangsang untuk mencari kebaikan di dunia dan akhirat


OBJEKTIF

1. Menyampaikan ilmu islam berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAPIM melalui metodologi yang disediakan

2. Melatih dan menyuburkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dalam bidang ko kurikulum dan ko akademik Islam

3. Melatih dan membimbing pelajar untuk menjadi muslim yang komited kepada syariat Islam.

4. Menyerapkan nilai akhlak dan adab murni islam sebagai amalan kehidupan di dalam dan luar sekolah.

5. Menawarkan khidmat dan sumbangan kemanusiaan dan kemasyarakatan serta khidmat rujukan Dakwah Islamiah kepada masyarakat dan institusi sosial.

Friday, October 29, 2010

LADAP 2010 SK SG. LESONG

30 Okt. 2010. Semua staff Sk Sg Lesong temasuk dari Pan P. Islam akan mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Pusat Ko Kurikulum Sg. Kelah, Sungkai bermula 8.30 pagi. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme  staff disamping mengeratkan silaturahim dalam keluarga besar SK Sg Lesong.. Semoga program ini berhasil mencapai objektif dan memberi impak terhadap prestasi dan kecemerlangan semua staff. Selamat menjalani LADAP.

Wednesday, October 27, 2010

SAMBUTAN AIDIL ADHA 1431 HIJRI SK SG. LESONG

Sambutan Aidil Adha SK Sg. Lesong akan diadakan pada 18 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431. Panitia sedang berusaha mengatur majlis. semoga berjaya.Agihan tugas :
Sup tulang :  C. Roszi/ c. Zamri + guru lelaki
Kari Daging : C. Liza / C. Banun  + c. Ruslia +  
              semua guru perempuan
Nasi        : PIBG / En. Amar / En. Zalani
Air asam /sambal : C. Anita / C. Fauziah
Buah-buahan       :  pan. pend. islam
Air minuman       :  semua guru perempuan 
tazkirah, tahlil & doa selamat : Ust Rozali, Ust Izad
Gambar & laporan : U Shima + U. Sarah
Surat jemputan : U. Yusaini.



PERIHAL P&P BAHASA ARAB 2011

Bermula sesi 2011, Jumlah waktu Pengajaran dan Pembelajaran B Arab Tahun 1 adalah 3 waktu bersamaan 90 minit ( 2 waktu dalam jadual dan 1 waktu di luar jadual waktu P& P @ semua dalam jadual waktu) Jadi Ketua panitia & guru bhs Arab sila ambil maklum dan susun semula jadual  agar jumlah waktu seimbang.Untuk maklumat lanjut layari http\\www.moe.gov.my

KURSUS KSSR 2010 & PKSR 2 2010

Tahniah kepada Ustazah Shima, Ustazah Sarah dan Ustazah Jasmi kerana mengikuti kursus pendedahan KSSR untuk kurikulum baru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 2011. Terima kasih kepada Ustaz Izad, Ustazah Hayati dan Ustazah Nisa yang mengendalikan PKSR 2 P. Islam dan Bahasa Arab.