PIMPIN SK SG.LESONG

VISI PIMPIN

Untuk menjadi Pusat Kepimpinan ke arah

Kecemerlangan Pengajian Islam dan pembangunan

manusia yang terbaik.


MISI PIMPIN

Menyampaikan ilmu berasaskan wahyu

Membina, membentuk dan menyubur akhlak dan adab

Menyerapkan ruh tarbiah Islam dalam kehidupan

Merangsang untuk mencari kebaikan di dunia dan akhirat


OBJEKTIF

1. Menyampaikan ilmu islam berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAPIM melalui metodologi yang disediakan

2. Melatih dan menyuburkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dalam bidang ko kurikulum dan ko akademik Islam

3. Melatih dan membimbing pelajar untuk menjadi muslim yang komited kepada syariat Islam.

4. Menyerapkan nilai akhlak dan adab murni islam sebagai amalan kehidupan di dalam dan luar sekolah.

5. Menawarkan khidmat dan sumbangan kemanusiaan dan kemasyarakatan serta khidmat rujukan Dakwah Islamiah kepada masyarakat dan institusi sosial.

Sunday, March 20, 2011

SASARAN MTQSS 2011

PIMPIN dengan kerjasam dan sokonga pihak sekolah dan guru-guru sedanag berungkus lumus mempersiapkan kontinjen sekolah ke majlis Tadarrus Al Quran dan Mahrajan kesenian Islam peringkat kelompok 1 di SK Seri Kinjang pada 26 mac ini dan peringkat daerah pada 16 April di SK Aminuddin Baki Slim River. Terima kasih kepada murid yang terlibat semua kerana memberi sokongan padu kepada pasukan sekolah dan terima kasih Pn Aminah yang mencipta lagu khas pasukan nasyid sekolah 2011. Semoga sasaran kita untuk meningkatkan kecemerlangan dalam MTQ dan MKI tercapai.

JUARA LAGI

TAHNIAH kepada pasukan kriket SKSL yang berjaya mempertahankan kejuaraan peringkat daerah buat kali ke tiga berturut-turut. Seramai 7 orang pemain terpilih mewakili daerah Batang pada ke kejohanan Kriket peringkat Negeri di MCKK Kuala Kangsar. lebih menggembirakan seorang paemain iaitu Mohd. Mustafa b Jaafar telah terpilih mewakili pasukan negeri Perak dalam kehohanan Kriket MSSM kebangsaan di Negeri Sembilan.dari 12 hingga 20 mac 2011.

Friday, January 14, 2011

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN (PIMPIN) SKSL 2011

Penanda aras ke arah mencapai matlamat panitia ..ilal ghayatil quswa.. 2011. Semoga Allah melindungi,memberi petunjuk dan kekuatan  kepada kita. Selamat berjuang!

Staff Akademik dan Pentadbiran SKSL 2011 ..anjakan paradigma


 
Menjelang 2011, satu lagi revolusi mental dan pembaharuan telah dilancarkan di sksl.Siapa menyangka, senario yang diimpikan oleh seluruh warga Sksl sejak dimasyhurkan,kali pertama sesi fotografi yang disertai seluruh warga sksl dengan mengenepikan jadual tugas dan kesibukan untuk mencipta sejarah.Tahniah untuk semua warga sksl.
Tahniah juga kepada Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan yang berjaya mencipta suasana sebegini rupa. Syabas seluruh rakan staff semua. kenangan terindah dan paling sempurna sepanjang perkhidmatan(pen.)