PIMPIN SK SG.LESONG

VISI PIMPIN

Untuk menjadi Pusat Kepimpinan ke arah

Kecemerlangan Pengajian Islam dan pembangunan

manusia yang terbaik.


MISI PIMPIN

Menyampaikan ilmu berasaskan wahyu

Membina, membentuk dan menyubur akhlak dan adab

Menyerapkan ruh tarbiah Islam dalam kehidupan

Merangsang untuk mencari kebaikan di dunia dan akhirat


OBJEKTIF

1. Menyampaikan ilmu islam berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAPIM melalui metodologi yang disediakan

2. Melatih dan menyuburkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dalam bidang ko kurikulum dan ko akademik Islam

3. Melatih dan membimbing pelajar untuk menjadi muslim yang komited kepada syariat Islam.

4. Menyerapkan nilai akhlak dan adab murni islam sebagai amalan kehidupan di dalam dan luar sekolah.

5. Menawarkan khidmat dan sumbangan kemanusiaan dan kemasyarakatan serta khidmat rujukan Dakwah Islamiah kepada masyarakat dan institusi sosial.

Friday, January 14, 2011

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN (PIMPIN) SKSL 2011

Penanda aras ke arah mencapai matlamat panitia ..ilal ghayatil quswa.. 2011. Semoga Allah melindungi,memberi petunjuk dan kekuatan  kepada kita. Selamat berjuang!

Staff Akademik dan Pentadbiran SKSL 2011 ..anjakan paradigma


 
Menjelang 2011, satu lagi revolusi mental dan pembaharuan telah dilancarkan di sksl.Siapa menyangka, senario yang diimpikan oleh seluruh warga Sksl sejak dimasyhurkan,kali pertama sesi fotografi yang disertai seluruh warga sksl dengan mengenepikan jadual tugas dan kesibukan untuk mencipta sejarah.Tahniah untuk semua warga sksl.
Tahniah juga kepada Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan yang berjaya mencipta suasana sebegini rupa. Syabas seluruh rakan staff semua. kenangan terindah dan paling sempurna sepanjang perkhidmatan(pen.)