PIMPIN SK SG.LESONG

VISI PIMPIN

Untuk menjadi Pusat Kepimpinan ke arah

Kecemerlangan Pengajian Islam dan pembangunan

manusia yang terbaik.


MISI PIMPIN

Menyampaikan ilmu berasaskan wahyu

Membina, membentuk dan menyubur akhlak dan adab

Menyerapkan ruh tarbiah Islam dalam kehidupan

Merangsang untuk mencari kebaikan di dunia dan akhirat


OBJEKTIF

1. Menyampaikan ilmu islam berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh JAPIM melalui metodologi yang disediakan

2. Melatih dan menyuburkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pelajar dalam bidang ko kurikulum dan ko akademik Islam

3. Melatih dan membimbing pelajar untuk menjadi muslim yang komited kepada syariat Islam.

4. Menyerapkan nilai akhlak dan adab murni islam sebagai amalan kehidupan di dalam dan luar sekolah.

5. Menawarkan khidmat dan sumbangan kemanusiaan dan kemasyarakatan serta khidmat rujukan Dakwah Islamiah kepada masyarakat dan institusi sosial.

Wednesday, November 3, 2010

MAJLIS PERPISAHAN 2 GURU PEND. ISLAM

Tahun 2010 ini melakarkan satu episod hiba bagi SK Sg Lesong apabila 2 guru Pendidikan islam iaitu Ustazah NorAshikin bt. Ghazali dan Ustaz Rozali b. Jaafar bertukar sekolah berkuatkuasa awal september lalu.Ust. Ashikin yang juga mrupakan Ketua Panitia dan Guru Disiplian akan berpindah ke SK Ayer Kuning sementara Ustaz Rozali, bekas Guru Data dan Penyelaras PSS serta Jurulatih Dakwah JPN Perak akan berpindah ke SK Temoh.Mereka diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh emosi. Kedua-dua GPI berpengalaman ini telah menabur bakti di SK Sg. Lesong lebih 15 tahun.PIMPIN amat berbangga dengan khidmat bakti mereka dan mendoakan semoga terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

No comments:

Post a Comment